Terma & Syarat

1.       KEMPEN BONANZA PEMBIAYAAN-I  (“Bonanza”) dibuka kepada semua Ahli Koperasi berusia 18 tahun dan ke atas pada 15/07/2019 kecuali kakitangan SEDANIA AS SALAM CAPITAL SDN BHD, ANGKASA DAN KOPERASI KREDIT terlibat (“Penganjur”), syarikat gabungan, anak syarikat, agensi pengiklanan/Perhubungan Awam dan pembekal Penganjur, serta anggota keluarga terdekat masing-masing.

2.       Untuk mengelakkan keraguan, sebarang pembatalan, penamatan atau penggantungan oleh Penganjur tidak memberi hak kepada peserta untuk membuat sebarang tuntutan atau menerima pampasan daripada Penganjur bagi apa-apa kerugian atau kerosakan yang dialami atau kos dan perbelanjaan yang ditanggung oleh peserta sama ada secara langsung dan/atau tidak langsung yang timbul daripada atau berhubung dengan pembatalan, penamatan atau penggantungan Bonanza oleh Penganjur.

3.       Setiap permohonan Pembiayaan-i yang lulus akan serta merta melayakkan anda untuk menyertai Bonanza.

4.       Setiap peserta hanya boleh memenangi SATU Hadiah Utama atau SATU Hadiah Mingguan dan SATU Hadiah Bulanan sepanjang Tempoh Peraduan.

5.       Keputusan Penganjur dalam semua perkara berkaitan Bonanza adalah mutakhir, muktamad dan mengikat. Tiada surat-menyurat akan dilayan.

6.       Penyertaan dalam Bonanza ini dan penerimaan sebarang hadiah menandakan kebenaran yang tidak boleh dibatalkan (melainkan dimaklumkan sebaliknya oleh Peserta) kepada Penganjur untuk menggunakan nama dan gambar Peserta untuk tujuan publisiti dan pengiklanan tanpa sebarang pampasan mahupun perlu memberikan notis kepada peserta terlebih dahulu.

7.       Semua hadiah mesti dituntut daripada Penganjur dalam masa SATU bulan dari tarikh Hadiah disediakan untuk kutipan. Semua Hadiah yang tidak dituntut akan ditarik balik.

8.       Penganjur sama sekali tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga kesilapan percetakan yang tertera pada pamplet yang diedarkan di pasaran.

9.       Dengan menyertai Bonanza ini, peserta dianggap telah membaca, memahami dan bersetuju untuk terikat dengan Terma & Syarat ini dan menerima bahawa semua keputusan yang dibuat oleh Penganjur adalah muktamad dan mengikat. Penganjur berhak untuk menukar, meminda, menambah atau menggugurkan mana-mana Terma & Syarat ini pada bila-bila masa tanpa memberi notis kepada peserta dan peserta hendaklah terikat kepada perubahan sedemikian.

10.   Gambar Hadiah yang ditunjukkan pada borang penyertaan Bonaza adalah untuk tujuan gambaran sahaja. Hadiah sebenar mungkin berbeza. Hadiah tidak boleh dipindah milik dan tertakluk kepada Terma & Syarat Hadiah yang akan disertakan dengan hadiah dan dinyatakan dalam surat pengakuan pemenang. Nilai hadiah adalah betul pada masa pencetakan.

11.   Pemenang dan/atau warisnya hendaklah bertanggungjawab dan menanggung liabiliti sepenuhnya jika berlaku sebarang liabiliti, kejadian yang tidak diingini, kecederaan, kerosakan, tuntutan atau kemalangan [termasuk kehilangan nyawa] akibat mengambil bahagian dalam Bonanza, menuntut dan/atau menggunakan Hadiah dan bersetuju untuk melepaskan dan tidak mempertanggungjawabkan Penganjur daripada sebarang liabiliti.

12.   Semua kos pengangkutan, penginapan, kos peribadi dan/atau sebarang kos lain, yuran dan/atau perbelanjaan yang berkaitan untuk menyertai Bonanza dan menuntut Hadiah adalah tanggungjawab pemenang sepenuhnya.

Request a Free Demo Now.

CONTACT

Tel : +603 7880 2001

info@sedaniainnovator.com

  • Facebook - White Circle
  • YouTube - White Circle
  • Instagram - White Circle

STAY UPDATED. 

©2019 by Sedania Innovator Berhad