top of page

CEO Fintech Sedania terima anugerah sempena Sidang Kemuncak Ekonomi Digital danTeknologi Dunia 2022

KUALA LUMPUR 29 Jun - Khairul Nisa Ismail, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) anak syarikatFintech Sedania As Salam Capital Sdn. Bhd. menerima Anugerah Pencapaian Sepanjang HayatUsahawan Cemerlang pada Sidang Kemuncak Ekonomi Digital dan Teknologi Dunia 2022.

Penganugerahan itu mengiktiraf pencapaian cemerlang individu-individu berpengaruh dalamsektor digital dan teknologi.


Beliau merupakan antara usahawan yang menerima anugerah khas disampaikan Yang DipertuaNegeri Melaka, Tun Seri Setia (Dr.) Mohd Ali Rustam.


Dalam kenyataan hari ini, Khairul Nisa menyifatkan ia satu penghormatan yang besar untukmenerima penghargaan ini, terutama apabila beliau sentiasa menyokong langkah ke arahtransformasi digital dan peranannya mendorong pertumbuhan perniagaan dan ekonomi.


"Tema Sidang Kemuncak Ekonomi Digital dan Teknologi Dunia 2022 iaitu mencipta peluang,kemungkinan tanpa kesudahan merupakan aspirasi saya, justeru, saya komited untuk menerajui Sedania As Salam ke arah penyediaan perbankan digital institusi kewangan,” katanya.

Sidang Kemuncak Ekonomi Digital dan Teknologi Dunia merupakan acara terkemuka yang menghimpunkan pihak berkepentingan dalam Ekonomi Digital untuk berbincang mengenai trendutama, cabaran strategik, isu utama dan risiko yang memberi impak terhadap masa depan digital.


Ia merupakan pertemuan antara ahli teknologi, usahawan digital, eksekutif korporat, penyokong dasar, generasi digital, pakar kesihatan, pendidik, dan masyarakat untuk mengikuti perkembangan ekonomi digital.


"Kemajuan Sedania As Salam di bawah pimpinan beliau mencerminkan matlamat kami untuk menambah baik kehidupan secara lestari, dengan platform As-Sidq terus bergerak seiring dengan penambahbaikan teknologi yang mana ia memenuhi keperluan institusi kewangan dan meningkatkan akses masyarakat kepadapembiayaan," katanya.


Menurut beliau, dengan asas pelanggan meliputi lebih daripada 80 institusi perkhidmatan kewangan, Sedania As Salam bersedia mempercepatkan penggunaan perbankan digital diMalaysia.


Syarikat itu kini merupakan rakan kongsi teknologi 2 syarikat terkemuka yang merupakan sebahagian daripada konsortium perbankan digital Malaysia, iaitu AEON Credit Service (M) Bhd.dan satu lagi klien yang menawarkan produk pembiayaan peribadi patuh syariah kepada pengguna aplikasi super Program Pembiayaan GoHalal Sedania As Salam.


bottom of page