top of page

Offspring tawar diskaun 15% untuk pengguna kad kredit Maybank

KUALA LUMPUR 10 Nov - Offspring Inc Sdn Bhd (Offspring) dan Maybank menjalin kerjasama dengan menawarkan diskaun 15% kepada ahli kad kredit bank tersebut bagi pembelian pertama produk Offspring dengan nilai minimum RM50.


Bagi pembelian berikutnya, mereka layak menerima diskaun 10% untuk produk Offspring yang bernilai RM300 dan lebih. Selain itu, ahli kad kredit Maybank akan mendapat penghantaran percuma dalam Malaysia untuk pembelian produk Offspring bernilai RM180 dan ke atas.


Ketua Pegawai Eksekutif Offspring, Mohamed Roslan Ismail berkata, strategi jalinan kerjasama dengan institusi kewangan terkemuka dapat memenuhi matlamat mereka kerana dengan adanya elemen diskaun berfaedah yang ditawarkan.


"Ia dapat menarik perhatian ibu bapa ke arah memilih jenama yang mengutamakan keselamatan kanak-kanak serta menyumbang kepada inisiatif alam sekitar secara nyata.


"Kerjasama dengan salah satu institusi kewangan terbesar di Malaysia membolehkan produk mesra alam dan selamat kami untuk dipasarkan kepada sebahagian besar demogra ibu bapa dan bayi pada tawaran yang menarik kepada ahli-ahli kad kredit Maybank.


"Kerjasama ini membolehkan kami mengembangkan nilai manfaat Offspring yang mengutamakan keselamatan kanak-kanak dan mengurangkan jejak karbon," katanya dalam satu kenyataan hari ini.


Offspring merupakan jenama produk bayi organik dan mesra alam premium yang paling pesat berkembang, dengan kini lebih 170 SKU dijual di kedai runcit terpilih serta platform e-dagang termasuk Shopee, Lazada dan GrabMart di Asia Tenggara, Amazon di Amerika Syarikat dan Wildberries di Rusia.


Pengguna menyukai rangkaian produk Offspring yang selamat, anti-toksik, organik dan yang memperolehi perakuan antarabangsa seperti lampin ultra-nipis, lampin fesyen tanpa klorin, tisu basah terbiodegradasi sepenuhnya, produk keperluan isi rumah serta pelbagai keperluan penjagaan bayi yang mesra alam.

Semua produk Offspring menggunakan bahan-bahan yang tidak berbahaya kepada alam sekitar dengan penggunaan produk tersebut membolehkan kelestarian di samping membantu pengguna memainkan peranan dalam mengurangi pelepasan karbon.



Comentários


bottom of page