top of page

Pilih kerajaan mesra ESG untuk kemakmuran negara

SAYA ingin menjunjung tinggi saranan Perdana Menteri, Yang Amat Berhormat Dato' Sri IsmailSabri Yaakob atas pembubaran Parlimen pada 10 Oktober, yang seterusnya memberi laluankepada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) dalam masa terdekat.


Tindakan Perdana Menteri menunjukkan bahawa pemimpin negara kita prihatin terhadapkehendak Rakyat di mana pilihan raya sedikit sebanyak dapat menangani kemelut politik semasadan menyediakan kestabilan yang amat diperlukan untuk negara.

Pengumuman pembubaran Parlimen secara langsung mengakhiri spekulasi dan kebimbanganmengadakan pilihan raya semasa musim tengkujuh.


Negara ini telah mengadakan 12 pilihan raya kecil dan empat pilihan raya negeri sejak PRU yangtelah dijalankan pada 9 Mei 2018. Apa yang rakyat perlukan ialah persekitaran politik yang stabiluntuk mengharungi keadaan ekonomi yang mencabar, di samping kenaikan kos sara hidup dankemerosotan nilai ringgit.


Rakyat Malaysia perlukan kerajaan yang mementingkan agenda alam sekitar, sosial dan tadbirurus (ESG), sebuah kerajaan yang mengamalkan prinsip kelestarian dan tadbir urus yang kukuh.


ESG bukan sekadar kata semata-mata. Penumpuan terhadap ESG akan memastikan Malaysiakekal berdaya saing dan mencapai kemakmuran ekonomi serta keteguhan negara.

Justeru, negara akan dapat menarik pelabur asing untuk melabur dana mereka di negara kita yangmeneruskan agenda ESGnya.


Korporat Malaysia inginkan kerajaan yang menjadi pemboleh ESG supaya negara kita dapatmenghasilkan penambahbaikan yang diperlukan secara lestari.


Di Sedania, kami melabur dalam kelestarian tenaga masa depan pelanggan korporat kami denganmembiayai dan menggunakan penyelesaian kecekapan tenaga dan sistem tenaga bolehdiperbaharui yang sehingga kini telah menjimatkan lebih 66 gigawatt-jam dan RM30 juta dalam kos tenaga pelanggan, yang juga bersamaan dengan penanaman lebih 950,000 pokok.


Bagi konsumer, kami menawarkan produk penjagaan kesihatan pencegahan yang mengurangkanpelepasan karbon melalui pemilihan bahan mesra alam dan bahan terbiodegradasi.


Perniagaan teras Sedania iaitu “Sustainable Energy” dan “Sustainable Healthcare” (Offspring)tetap kukuh dan tidak dipengaruhi oleh PRU15 kerana peningkatan penggunaan tenaga danpeningkatan kadar kelahiran tidak akan terjejas oleh faktor politik.


Perniagaan teras kami berdedikasi ke arah meningkatkan kehidupan secara lestari dan menanganiisu perubahan iklim yang berterusan dengan mengurangkan jejak karbon.


Tenaga adalah sumber kehidupan, tanpa mengira isu politik. Permintaan global untuk tenagabersih akan kekal kukuh manakala ciri-ciri produk Offspring kami yang berasaskan mesra alamselaras dengan kesedaran masyarakat yang semakin meningkat tentang perubahan iklim.


Walaupun menghadapi pelbagai cabaran, model perniagaan ESG kami berada dalam kedudukanstrategik untuk mencapai pertumbuhan yang kukuh kerana kelestarian kekal berkembang diMalaysia dan dunia.


Dengan ini, kami akan menyokong kerajaan baharu yang berhasrat untuk terus memacu agendakelestarian. Ia adalah falsafah yang kami tekankan dan kami berharap kerajaan yang dipilihmemberi tumpuan yang sepenuhnya terhadap agenda ESG bagi memelihara kepentingan danmasa depan keluarga, masyarakat dan negara kita.


Datuk Azrin Mohd Noor adalah Pengasas dan Pengarah Urusan syarikat tersenarai awam SedaniaInnovator Berhad



コメント


bottom of page