Sedania Innovator Berhad melalui anak syarikatnya, Offspring Inc. Sdn. Bhd., telah mengukuhkan kedudukannya di Asia Barat dan benua Afrika setelah memeterai perjanjian untuk mengedarkan produk keluaran syarikat di Emiriah Arab Bersatu (UAE), Arab Saudi dan Mesir.
Pengasas dan Pengarah Urusan Sedania, Datuk Azrin Mohd Noor berkata, perkembangan itu menunjukkan pertumbuhan menggalakkan bagi Offspring kerana bakal meluaskan lagi penguasaan pasarannya selepas mula bertapak di Bahrain sejak tahun 2021.
Comments