KUALA LUMPUR 19 Sept - Sedania Innovator Bhd. menerusi anak syarikat teknologi kewangannya, Sedania As Salam Capital Sdn. Bhd. menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan Koperasi Co-opbank Pertama Malaysia Bhd. untuk menjadi rakan kongsi digital dalam mempercepatkan inisiatif digital Co-opbank Pertama.
MOU itu membolehkan Sedania As Salam melaksanakan Platform Onboarding Digital untuk perkhidmatan kewangan peribadi Co-opbank Pertama seperti akaun simpanan akaun semasa digital (CASA), serta perkhidmatan pembiayaan dan gadai janji.
Ketua Pegawai Eksekutif Sedania As Salam, Nisa Ismai berkata, kerjasama itu menandakan pembangunan yang amat penting dalam mencapai matlamat berterusannya untuk mempercepatkan penggunaan perbankan digital di Malaysia.
“Kami juga berharap untuk melangkaui pembangunan pelan tindakan kami bagi pendigitalan Co- opbank Pertama kerana rangkaian penyelesaian teknologi kewangan Islam patuh syariah hujung- ke-hujung kami berpotensi untuk memperkasakan semua sudut operasi perbankan mereka.
"Usaha ini akan dibantu oleh pengalaman luas kami dalam menyediakan penyelesaian teknologi kewangan Islam seperti yang paling khususnya, perkhidmatan Tawarruq untuk pelbagai pelanggan perbankan koperasi yang berbeza," katanya dalam kenyataan hari ini.
Sehingga kini, Sedania As Salam telah berjaya memperkasakan lebih 80 pelanggan institusi kewangan dengan pelbagai penyelesaian teknologi kewangan termasuk Platform Komoditi Digital berasaskan API yang telah dipatenkan, dan yang membolehkan keupayaan Melalui Pemprosesan Lurus yang lancar untuk Produk Runcit Islam. Hasilnya, jumlah pinjaman yang diprosesbernilai lebih RM60 bilion.
Sementara itu, Pengerusi Co-opbank Pertama, Datuk Baharom Embi berkata, pendigitalan memainkan peranan yang sangat penting dalam persekitaran perniagaan hari ini kerana ia dapat meningkatkan pengalaman pelanggan dengan menyediakan penyelesaian yang lebih komprehensif dan mesra pelanggan.
Katanya, pendigitalan adalah salah satu pelan tindakan utama dalam pelan perniagaan strategik jangka panjang Co-opbank pertama.
"Oleh itu, kerjasama ini diharapkan dapat menambah nilai dan mengukuhkan jenama Co-opbank Pertama sebagai bank koperasi yang menyediakan pelbagai produk dan perkhidmatan perbankan yang inovatif dan mesra pelanggan untuk pasaran tempatan," katanya.
Comments