top of page

Offspring rangkul anugerah kelestarian di Afrika

KUALA LUMPUR 14 Nov - Sedania Innovator Berhad (Sedania) anak syarikat ‘Sustainable

Healthcare’, Offspring Inc Sdn Bhd (Offspring) memenangi anugerah 'Kecemerlangan dalam

Kualiti Unggul dan Produk Bayi Organik Lestari Malaysia 2022' yang diadakan sempena

penganjuran Ekspo Afrika 2022.


Pengasas dan Pengarah Urusan Sedania, Datuk Azrin Mohd Noor berkata, anugerah yang

diberikan kepada Offspring ini adalah satu pengiktirafan yang mereka bangga untuk diterima.

Beliau berkata, pencapaian ini mengesahkan usaha mereka berkembang ke Afrika melalui Togo

dan Nigeria awal tahun ini, serta menyerlahkan lagi misi Sedania dan Offspring untuk

meningkatkan kehidupan secara lestari pada skala sebesar mungkin.


"Afrika adalah benua paling ramai penduduk hari ini melalui jumlah penduduk kira-kira 1.4 bilion

dan mempunyai kadar kelahiran tertinggi di dunia dengan kira-kira 44 juta kelahiran pada tahun

2021 sahaja.


"Pada masa kini, masih terdapat banyak ruang untuk Offspring mengembangkan kehadirannya dirantau Afrika, yang mana Offspring sudah pasti boleh memainkan peranan penting dalam

membantu sebahagian besar ibu bapa di sana memenuhi keutamaan nombor satu mereka iaitu

keselamatan kanak-kanak.


"Sifat mesra alam produk Offspring juga memastikan pasaran pengguna Afrika secara besarbesaran dapat memainkan peranan aktif dalam mengurangkan jejak karbon," katanya dalam satu kenyataan hari ini.


Ekspo Afrika, yang berlangsung dari 9 hingga 11 November 2022, ialah pameran perdagangan

perniagaan-kepada-perniagaan (B2B) pertama yang didedikasikan untuk mempromosikan

perdagangan dua hala antara Afrika dan Asia. Majlis anugerah di Ekspo Afrika 2022 mengiktiraf inovasi, keuntungan, dan kecemerlangan perniagaan sambil berusaha untuk memberi inspirasi kepada generasi usahawan dunia yang akan datang.


Ketua Pegawai Eksekutif Offspring, Mohamed Roslan Ismail pula berkata, peluang untuk menjalin hubungan perniagaan di Ekspo Afrika 2022 dan bonus tambahan memperoleh anugerah yang mengiktiraf kekuatan jenama mereka sudah pasti akan meningkatkan reputasi Offspring dalam kalangan negara-negara di benua Afrika. “Kami optimis untuk mengembangkan rangkaian pengedaran kami di Afrika, yang mana perkembangan positif ini akan menjadi pelengkap yang kukuh untuk strategi perniagaan kami di pasaran yang semakin membangun dengan menyokong perkembangan menjanjikan yang dicapai di Afrika awal tahun ini.


"Untuk tujuan ini, kami kini berada pada kedudukan yang lebih strategik untuk memperoleh peningkatan yang memberangsangkan dalam pesanan baharu dan dengan itu, mempelbagaikan lagi pendapatan dari perspektif geografi," katanya. Pada April 2022, Offspring membuat penerokaan pertamanya ke Afrika setelah menerima tempahan sulung untuk mengeksport produk penjagaan kesihatan yang lestarinya ke negaranegara Togo dan Nigeria di Afrika. Pencapaian itu mengesahkan dan mengukuhkan lagi aspirasi global Offspring dengan meluaskan kehadirannya ke 23 negara setakat ini, merentasi benua utama seperti Eropah, Amerika Utara dan Asia.



bottom of page