top of page

SEDANIA As Salam diiktiraf Best Islamic Fintech Solutions Provider in Malaysia

Anak syarikat Fintech SEDANIA Innovator Bhd (SEDANIA), SEDANIA As Salam Capital Sdn Bhd (SEDANIA As Salam) diiktiraf sebagai Best Islamic Fintech Solutions Provider in Malaysia oleh penerbitan perniagaan global World Business Outlook dalam edisi anugerah untuk 2023.


Pengiktirafan itu mengukuhkan kedudukan SEDANIA As Salam sebagai penyedia penyelesaian teknologi kewangan Islam di Malaysia yang telah memperkasakan sekitar 95 institusi perkhidmatan kewangan (FSI) di negara ini dengan penyelesaian teknologi kewangan patuh Syariah dan memproses pembiayaan bernilai lebih RM80 bilion setakat ini.


Ketua Pegawai Eksekutif SEDANIA As Salam, Nisa Ismail berkata, anugerah itu mengiktiraf keupayaan SEDANIA As Salam dalam membolehkan transformasi digital yang lancar bagi industri perkhidmatan kewangan sekali gus mempercepatkan penggunaan perbankan digital di Malaysia dan negara-negara lain.


Menurutnya, mereka berada dalam kedudukan yang strategik untuk memacu transformasi digital industri perkhidmatan kewangan dengan pelbagai penyelesaian inovatif termasuk platform dagangan komoditi digital As-Sidqi yang dipatenkan serta Program Pembiayaan GoHalal yang menyediakan akses kepada pembiayaan yang mudah dan selamat untuk rakyat Malaysia.


“Ini dijayakan melalui kerjasama kami dengan beberapa rakan kongsi teknologi global di mana kami telah menggabungkan teknologi untuk menghasilkan ekosistem yang membolehkan penubuhan digital dan neobanks.


“Disokong dengan kerjasama-kerjasama ini, kami berada pada kedudukan yang lebih strategik untuk menyediakan infrastruktur digital inovatif yang memastikan pengalaman terbaik dan memenuhi keperluan perbankan pelanggan,” katanya dalam satu kenyataan.


Beliau berkata, perjanjian perkongsian SEDANIA As Salam dengan syarikat amanah patuh syariah terbesar di Malaysia, Wasiyyah Shoppe Berhad (Wasiyyah Shoppe) baru-baru ini, membolehkannya menawarkan platform hibah digital sepenuhnya kepada 95 pelanggan FSInya.


Penyelesaian tersebut, tambahnya, bertujuan untuk meningkatkan jangkauan serta kesedaran hibah sebagai penyelesaian perancangan harta pusaka dan pewarisan Islam di kalangan masyarakat Islam.


Pada 1 Mac 2023, SEDANIA menyempurnakan pengambilalihan sebanyak 20% pemilikan dalam syarikat amanah patuh Syariah Wasiyyah Shoppe.


SEDANIA As Salam seterusnya menandatangani perjanjian dengan Wasiyyah Shoppe untuk menjadi rakan kongsi korporat eksklusifnya bagi segmen FSI dan perusahaan untuk memperkenalkan hibah sepenuhnya dan penyelesaian warisan penganut Islam yang lain.



Comentários


bottom of page