top of page

Sedania catat hasil RM15.88 juta, naik 50% bagi 1QFY25 didorong industri barangan pengguna lestari


KUALA LUMPUR 25 Nov - Sedania Innovator Berhad mencatat hasil RM15.88 juta, mewakili pertumbuhan pendapatan 50% tahun ke tahun (YoY) bagi suku pertama tahun kewangan 2025 (1QFY25) yang berakhir pada 30 September 2024.


Kumpulan itu berkata, pertumbuhan tersebut didorong oleh prestasi kukuh dalam segmen industri barangan pengguna cepat laris (FMCG) lestari syarikat yang disokong oleh inisiatif strategik dalam pertumbuhan jenama.


"Pertumbuhan pendapatan utama ini menunjukkan kejayaan strategi transformasi FMCG yang sedang dilaksanakan oleh Sedania.


"Pelaburan berterusan kumpulan dalam pembinaan jenama dan penempatan pasaran adalah penting untuk membina asas yang kukuh bagi kesedaran jenama jangka panjang yang mampan. Kami yakin dapat mencapai keuntungan positif bagi keseluruhan tahun kewangan 2025," katanya dalam satu kenyataan, hari ini... - Dagang News


コメント


bottom of page