top of page

Sedania catat untung bersih RM3.8 juta,melonjak tiga kali ganda dalamtempoh 9 bulan 2023

KUALA LUMPUR 30 Nov - Pemangkin alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG), Sedania

Innovator Bhd terus mencatatkan keuntungan dan pertumbuhan yang stabil pada suku ketiga

berakhir 30 September 2023 (3QFYE23).


Keuntungan bersih kumpulan meningkat dua kali ganda pada suku ketiga kepada RM801,000

berbanding RM323,000 pada suku yang sama tahun 2022.


Bagi tempoh 9 bulan berakhir 30 September 2023, keuntungan bersih melonjak kepada RM3.8

juta, peningkatan 3 kali ganda daripada RM1.12 juta berbanding tahun sebelumnya.

Hasil bagi 3QFYE23 berjumlah RM10.62 juta, menyumbang kepada jumlah keseluruhan dalam

tempoh 9 bulan sebanyak RM34.45 juta.


Pertumbuhan itu meningkat sebanyak 14% bagi tempoh yang sama pada tahun 2022,

peningkatan berterusan bagi pihak kumpulan.


Segmen fintech mencatatkan peningkatan hasil sebanyak 30% kepada RM2.13 juta dalam

3QFYE23, berbanding RM1.64 juta dalam tempoh yang sama bagi tahun sebelumnya.


Pertumbuhan dipacu oaktiviti mampan pada platform Tawarruq dan Go Halal, yang telah menunjukkan kemajuan berterusan oleh anak syarikat kumpulan dalam industri fintech.


Pengasas dan Pengarah Urusan Sedania, Datuk Azrin Mohd Noor berkata, segmen fintech

pihaknya menuju ke tahun yang lebih menarik seiring dengan pertumbuhan portfolio rumusan

fintech patuh syariah untuk Institusi Perkhidmatan Kewangan (FSIs).


"Lonjakan ini dipacu oleh perkhidmatan As-Sidq, iaitu platform masa nyata digital, yang penting

untuk transaksi Tawarruq bagi memfasilitasi pembiayaan Islam melalui perdagangan komoditi.

Di samping itu, ekosistem rangkaian fintech Islam kami, membuka peluang bagi institusi

kewangan untuk memajukan transformasi digital mereka.


"Pendekatan inovatif kami juga bertujuan untuk menarik minat pelbagai FSIs dengan tawaran

produk serta perkhidmatan terkini kepada pelanggan mereka. Ini bukan hanya tentang

pertumbuhan semata-mata, tetapi anjakan ke arah masa depan yang transformatif dalam dunia

teknologi kewangan," katanya.


Azrin berkata pada tahun ini, kumpulan berhasrat untuk terus berkembang dalam semua segmen perniagaannya.


"Bagi suku ketiga tahun 2023, segmen Penjagaan Kesihatan Lestari, Offspring menyumbang

RM8.08 juta kepada jumlah keseluruhan hasil kumpulan," katanya.


Katanya, Offspring dijangka terus melebarkan pasarannya ke negara-negara yang mempunyai

kepadatan populasi, di samping meningkatkan jumlah saiz bakul purata, pangkalan pelanggan

dan titik jualan.



bottom of page