top of page

TNB Research, Sedania jana tenaga daripada air lebihan empangan diJohor

KUALA LUMPUR, 25 Sept (Bernama) -- Anak syarikat milik penuh Tenaga Nasional Bhd (TNB), TNB Research Sdn Bhd (TNBR) bekerjasama dengan Sedania Technologies Sdn Bhd (STSB) untuk menilai potensi menjana tenaga daripada air lebihan empangan dan takungan air di seluruh Malaysia.


Melalui kerjasama tersebut, STSB -- cabang tenaga mampan Sedania Innovator Bhd (Sedania) -- akan menggunakan turbin mikro kuasa hidro TNBR yang cekap tenaga untuk menjana elektrik daripada air yang dilepaskan di empangan, menurut TNB dan STSB dalam kenyataan bersama hari ini.


Setiap satu daripada 30-40 kilowatt turbin mikro kuasa hidro ini boleh menjana sehingga sekitar 305,000 kilowatt-jam tenaga hijau setahun


“Dengan lebih 70 empangan dan takungan air di seluruh Malaysia, potensi daripada sumber tenaga mikro hidro tersebut dianggarkan melebihi 40 gigawatt-jamsetahun, cukup untuk membekalkan tenaga elektrik bebas karbon kepada kira-kira 10,000 rumah,” katanya.

Tanggungjawab STSB merangkumi aspek kewangan dan teknikal projek manakala TNBR menyumbangkan kepakaran teknikal melalui reka bentuk dan pemasanganturbin mikro kuasa hidro.


Menurut TNB, projek pertama di bawah kerjasama tersebut melibatkan projek empangan di Kota Tinggi, Johor dan STSB telah dianugerahkan oleh syarikat minyakdan gas multinasional untuk menilai dan mencadangkan kebolehlaksanaan menggunakan turbin mikro kuasa hidro yang cekap tenaga untuk menjana tenaga elektrikdaripada air lebihan empangan tersebut.


Ketua Pegawai Eksekutif Sedania Daniel Ruppert berkata kerjasama itu menyasarkan untuk melengkapkan empangan di Malaysia dengan turbin mikro kuasa hidroyang cekap tenaga bagi membolehkan pelanggan menggunakan air lebihan empangan sebagai sumber tenaga.


“Sebagai organisasi yang komited kepada alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) dengan visi untuk membantu syarikat mengurangkan jejak karbon merekadengan terlebih dahulu membolehkan penggunaan tenaga yang cekap sebelum beralih ke fasa penting penjanaan tenaga bersih, Sedania berada pada kedudukanyang strategik untuk mempercepatkan agenda kelestarian dengan sokongan TNBR,” katanya.


Pengarah Urusan TNBR Dr Mohd Hariffin Boosroh berkata TNB memperjuangkan peralihan tenaga yang bertanggungjawab dan inklusif dengan aspirasi untukmencapai pelepasan karbon bersih-sifar menjelang 2050.

“Dengan matlamat itu, TNB melabur dalam teknologi hijau baharu seperti turbin kuasa mikro hidro cekap tenaga ini yang merupakan hasil penyelidikan kami diTNBR.

“Usaha sama ini menggambarkan bagaimana kerjasama penyelidikan dan industri memainkan peranan yang berpengaruh dalam pembangunan penyelesaian yanginovatif dan lestari untuk Malaysia,” katanya.


Menurut TNB, memandangkan teknologi itu dibangunkan di Malaysia, ia juga akan memberi manfaat kepada industri tempatan dalam pengilangan, pentauliahan,operasi dan penyelenggaraan turbin kuasa hidro mikro.



bottom of page