top of page

Sedania As Salam raih anugerah PlatformTeknologi Terbaik GIFA


KUALA LUMPUR 15 Sept - Sedania Innovator Bhd. menerusi anak syarikatnya, Sedania As SalamCapital Sdn Bhd meraih anugerah Platform Teknologi Terbaik dalam Perbankan Islam & Kewangan2022) daripada Global Islamic Finance Awards (GIFA).


Anugerah ini memberi pengiktirafan kepada As-Sidq, platform perdagangan komoditi digital hakmilik Sedania As Salam yang dipaten, untuk keupayaan yang unik dan rekod prestasi yang kukuhdalam memenuhi keperluan perbankan Islam bagi sektor perkhidmatan kewangan.


Dengan lebih 80 institusi perkhidmatan kewangan sebagai klien dan pinjaman yang diprosesmelebihi RM50 bilion sehingga kini, platform As-Sidq diiktiraf dan telah berjaya memperkukuhkankedudukan pasaran strategik untuk berkembang seiring dengan pendigitalan industriperkhidmatan kewangan.


Ketua Pegawai Eksekutif Sedania As Salam Nisa Ismail berkata, dengan anugerah ini, platform As-Sidq telah membuktikan keupayaannya sebagai penyelesaian perbankan digital Malaysia yangtelah berjaya memenuhi piawaian antarabangsa bagi memenuhi keperluan operasi perbankanIslam dalam industri perkhidmatan kewangan.


"Tambahan pula, anugerah ini juga membuka jalan kepada platform perdagangan komoditi digitaluntuk mendapat pengiktirafan global kerana kategori platform digital ini masih dianggap sebagaisatu teknologi yang agak baru dalam dunia perbankan Islam dan berpotensi untuk diadaptasikanmerentasi pasaran antarabangsa.


"Ia juga merupakan pengiktirafan kedua yang berjaya dirangkul oleh As-Sidq tahunini,membuktikan lagi bahawa penyelesaian perbankan Islam kami adalah inovatif dan mempunyaipermintaan yang tinggi," katanya dalam kenyataan hari ini.


Pada 23 Jun lalu, Sedania As Salam telah berjaya meraih anugerah Platform Dagangan IslamPalingInovatif - Tawarruq 2022 daripada International Finance, majalah perniagaan dan kewangan yangberpangkalan di London.


Anugerah ini mengiktiraf kebolehan inovatif platform As-Sidq dalam menyumbang secara positifke arah pendigitalan industri perkhidmatan kewangan dengan menambah baik kemudahantransaksi pembiayaan Islam.


GIFA merupakan salah satu badan penganugerahan yang terkenal dari segi perbankan dankewangan Islam di peringkat global yang mengiktiraf kerajaan, institusi dan individu yangmempunyai pencapaian cemerlang dalam bidang masing-masing, serta sumbangan kepadakelestarian dan daya maju perbankan dan kewangan Islam di peringkat antarabangsa.




bottom of page