top of page

Segmen fintech Sedania perkukuh pematuhan syariah dengan pengesahan AFSHA

KUALA LUMPUR 9 Dis - Sedania As Salam Capital Sdn. Bhd. mengukuhkan reputasinya sebagai

salah satu penyedia penyelesaian teknologi kewangan (tintech) patuh syariah terkemuka melalui

platform As-Sidq yang dipatenkan, baru-baru ini telah disahkan oleh Penasihat Syariah AFSHA,

sebuah badan pensijilan audit institusi.


Ini menambah kredibiliti kepada platform As-Sidq yang telah memperoleh pensijilan pematuhan

akademik daripada Institut Perbankan dan Kewangan Islam Malaysia (IBFIM), dan mematuhi

piawaian Pertubuhan Perakaunan dan Pengauditan bagi Institusi Kewangan Islam (AAOIFI).

Ketua Pegawai Eksekutif Sedania As Salam, Nisa Ismail berkata, akreditasi terbaharu bagi

platform As-Sidq membuktikan komitmen sedia ada ke arah memastikan platform digital inovatif mematuhi sepenuhnya semua keperluan dan tidak melanggar prinsip-prinsip teras syariah.


Katanya, pengesahan sedemikian daripada badan institusi yang dihormati meningkatkan lagi daya maju dan daya tarikan komersial As-Sidq.

"Pensijilan AFSHA meliputi pelbagai institusi kewangan daripada bank terkemuka peringkat tinggi sehinggalah kepada koperasi kredit kecil, membolehkan kami meluaskan lagi jangkauan.


"Selaras dengan misi Sedania untuk meningkatkan kehidupan secara lestari, akreditasi syariah ini membantu kami memenuhi misi dengan lebih baik kerana AFSHA menyokong pembangunan

inovatif produk Kewangan Islam yang ditawarkan di bawah kontrak Tawarruq untuk menangani isu alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) dengan lebih baik," katanya dalam kenyataan hari ini.

Akreditasi oleh AFSHA bagi platform Tawarruq dagangan komoditi digital As-Sidq mengesahkan

bahawa struktur dan dokumen platform As-Sidq adalah patuh syariah dan tidak melanggar

sebarang ketetapan Syariah untuk produk kewangan Islam.


Ini berbeza daripada bentuk komoditi tradisional yang lain seperti logam berharga dan komoditi

berasaskan pertanian yang digunakan untuk memudahkan perdagangan Tawarruq, di mana

penggunaan komoditi-komoditi tersebut mungkin tidak lestari.


Antara ciri utama As-Sidq yang penting dalam memastikan kejayaan semakan dan proses tapisan termasuk aliran proses Tawarruq dan urutan As-Sidq untuk agensi tunggal dan dwi agensi, pelbagai dokumen perdagangan dan e-sijil, integrasi As-Sidq dengan Sistem Pembiayaan Asal (Financing Origination System, FOS) dan Sistem Perbankan Teras (Core Banking System, CBS), serta Telco Airtime yang ditawarkan sebagai komoditi digital di As-Sidq.


Sebagai pasaran kewangan digital sepenuhnya, As-Sidq membolehkan keseluruhan proses

kemudahan kredit secara digital dengan berperanan sebagai platform pemerolehan dan platform konten untuk institusi perkhidmatan kewangan Islam, serta menghubungkan pengguna dengan lancar kepada rangkaian produk perbankan Islam.


Sehingga kini, ia telah diterima pakai oleh lebih 80 institusi perkhidmatan kewangan Islam dan

merupakan satu-satunya platform kewangan di rantau ini yang menggunakan komoditi digital

untuk memudahkan penawaran produk institusi perkhidmatan kewangan Islam.




Komentar


bottom of page