top of page

SEDANIA catat keuntungan 5 suku tahunan berturut-turut

SEDANIA Innovator Berhad (SEDANIA) terus mencatatkan keuntungan untuk lima suku tahunan berturut-turut apabila merekodkan untung bersih RM510,000 pada suku tahun pertama berakhir 31 Mac 2022 (1Q22), dengan perolehan sebanyak RM9.04 juta.


Pengasas dan Pengarah Urusan SEDANIA, Datuk Azrin Mohd Noor berkata, jumlah keuntungan itu sekaligus menunjukkan pengurangan berbanding tempoh sama sebelum ini yang mana keuntungan bersih RM4.89 juta dengan pendapatan sebanyak RM17.07 juta.

“Prestasi lemah pada 1Q22 kebanyakannya disebabkan sumbangan yang lebih rendah daripada segmen Tenaga Mapan.


“Namun perolehan kukuh daripada segmen Penjagaa Kesihatan Mapan dan Teknologi Kewangan berjaya melonjakkan pendapatan bersih SEDANIA,” kata kenyataan tersebut.

Mengulas lanjut, Azrin berkata, SEDANIA berjaya mengekalkan momentum positif daripada prestasi kewangan yang membanggakan dalam tahun kewangan penuh berakhir 31 Disember 2021 (FY21).


Jelasnya, kejayaan itu membuktikan daya tahan model perniagaan SEDANIA yang terpelbagai dan mapan.


“Bahagian Tenaga Mapan SEDANIA merekodkan pendapatan RM56,000 pada 1Q22 berbanding RM10.16 juta setahun lalu kerana tiada pemasangan yang disiapkan untuk bangunan di tapak projek di bawah kontrak prestasi tenaganya bagi suku ini.

“Ini menyebabkan segmen itu merekodkan kerugian sebelum cukai RM50,000 berbanding untung bersih RM3.67 sebelumnya.


“Segmen teras SEDANIA yang lain, Penjagaan Kesihatan Mapan mencatatkan peningkatan 37 peratus sumbangan pendapatan kepada RM7.32 juta pada 1Q22 daripada RM5.34 juta setahun lalu.


“Ini didorong oleh jualan keseluruhan yang lebih tinggi daripada majoriti pasarannya. Keuntungan sebelum cukai menyusut 43 peratus kepada RM883,000 berbanding RM1.54 juta pada tempoh sama sebelumnya.


“Hal ini berikutan perbelanjaan operasi yang lebih tinggi ekoran penyertaan Offspring dalam TCE Baby Expo yang diadakan pada Mac 2022, serta bayaran yang lebih tinggi kepada kakitangan untung menyokong pertumbuhan perniagaan,” katanya.


Dalam pada itu, Azrin berkata, pendapat segmen Teknologi Kewangan pula meningkat 19 peratus kepada RM1.15 juta dengan trafik yang lebih tinggi daripada platform Tawarruqnya berbanding tahun lalu.


Katanya, perkara itu sekaligus merekodkan keuntungan sebelum cukai daripada segmen tersebut meningkat hampir tiga kali ganda kepada RM413,000 pada 1Q22 berbanding RM142,000 setahun lalu.


“Melangkah ke hadapan, SEDANIA optimistik untuk merekodkan prestasi yang lebih kukuh bagi tahun kewangan semasa dirangsang oleh pertumbuhan yang lebih besar daripada kedua-dua perniagaan terasnya, Penjagaan Kesihatan Mapan dan Tenaga Mapan,” katanya.




bottom of page