Sedania catat keuntungan selepas cukai RM1.4juta, perolehan RM38.8 juta bagi FY2022
- Sedania Innovator
- Feb 28, 2023
- 2 min read
Updated: Mar 3, 2023
KUALA LUMPUR 28 Feb – Sedania Innovator Berhad (Sedania) mencatat satu lagi kejayaan
selepas merekodkan keuntungan untuk dua tahun berturut-turut walaupun beroperasi dalam
persekitaran perniagaan yang mencabar.
Kumpulan Sedania mencatatkan hasil RM38.8 juta dan keuntungan selepas cukai sebanyak
RM1.4 juta untuk tempoh 12 bulan berakhir 31 Disember 2022 (FYE22).
Walaubagaimanapun, pendapatan FYE2022 menurun sebanyak 21% berbanding tahun
sebelumnya, disebabkan oleh penangguhan dalam kerja pemasangan di bawah segmen ‘Tenaga
Mampan’.
Bagi suku keempat berakhir 31 Disember 2022 (4QFYE22), Sedania mencatatkan pendapatan
sebanyak RM8.7 juta, tetapi merekodkan kerugian selepas cukai sebanyak RM597,000.
Pendapatan ‘Penjagaan Kesihatan Mampan’ berjumlah RM6.7 juta pada 4QFYE22, manakala
pendapatan segmen ‘FinTech’ Kumpulan meningkat 40% kepada RM1.6 juta terutamanya hasil
sumbangan trafik yang ketara daripada platform Tawarruq dan Go Halal.
Pengasas dan Pengarah Urusan Kumpulan Sedania, Datuk Azrin Mohd Noor berkata, “Kami
berjaya mengekalkan kedudukan yang positif walaupun beroperasi dalam keadaan ekonomi
pasca pandemik yang mencabar.
“Sedania berharap dapat berpindah ke Pasaran Utama Bursa Malaysia dalam masa terdekat dan
meningkatkan kedudukan kami sebagai pemangkin amalan alam sekitar, sosial dan tadbir urus
(ESG) yang dipacu teknologi.
“Kami optimis untuk mencapai satu lagi tahun kewangan yang menguntungkan, diterajui oleh
perniagaan ‘Penjagaan Kesihatan Mampan’ dan ‘FinTech’ kami, manakala segmen ‘Tenaga
Mampan’ akan menyumbang semula untuk memacu pertumbuhan kami pada masa hadapan.”
Produk berasaskan inovasi dan harta intelek (IP) segmen ‘FinTech’ menyumbangkan prestasi
pendapatan dan keuntungannya yang tertinggi untuk tahun 2022.
Pendapatan segmen tersebut meningkat 33% kepada RM5.5 juta pada FYE22 berbanding RM4.2
juta setahun lalu. Ia menyaksikan peningkatan trafik yang lebih tinggi daripada platform teknologi kewangannya, sekaligus meningkatkan keuntungan sebelum cukai 138% kepada RM2.2 juta daripada RM935,000 sebelumnya.
Pada masa yang sama, segmen ‘Penjagaan Kesihatan Mampan’ Kumpulan Sedania mencatatkan
peningkatan pendapatan sebanyak 11% kepada RM30 juta pada FYE22 berbanding RM27 juta
pada tahun sebelumnya, dirangsang oleh jualan lebih tinggi yang dicatatkan dalam pasaran
tempatan dan Eropah.
Keuntungan selepas cukai, bagaimanapun, susut 66% kepada RM1.9 juta pada FYE22 daripada
RM5.5 juta setahun sebelumnya disebabkan oleh pelaburan semula dan perbelanjaan operasi
yang lebih tinggi.
Segmen ‘Tenaga Mampan’ Kumpulan mencatatkan pendapatan sebanyak RM1.3 juta pada FYE22 berbanding RM15.6 juta setahun yang lalu disebabkan penangguhan pemasangan peralatan penjimatan tenaga di premis pelanggan bawah kontrak prestasi tenaga.
Segmen tersebut mencatatkan keuntungan sebelum cukai sebanyak RM628,000 pada FYE22
berbanding RM7.3 juta setahun lalu.
Mengulas mengenai segmen perniagaan Sedania, Ketua Pegawai Eksekutif Daniel Ruppert
berkata, “Segmen FinTech kami memaparkan prestasi kewangan cemerlang dan berada pada asas kukuh untuk mengekalkan kedudukan yang lebih baik di masa hadapan.
Comentarios